HantaranKu adalah nama sebuah kedai yang menyediakan perkhidmatan gubahan hantaran dan membekal peralatan untuk membuat gubahan hantaran dan bunga telur. Lokasinya lot 01-149-2 tingkat 1, Kompleks PKNS Shah Alam 40000 Selangor. Tel : 012 283 2864 e-mail : hantaranku.88@gmail.com
Thursday, July 30, 2009
Metallic & Crystal
Kombinasi bekas metallic silver dan rantaian crystal dalam gubahan hantaran. Kombinasi ini berjaya menjadikan gubahan tampak mewah dan manis. Disulami reben satin kecil dan bunga organza kecil lebih menambah manisnya gubahan. Simple and elegant!
Masih dengan kombinasi bekas metallic dan rantaian crystal. Lebih sesuai dengan tema warna yang cerah (light colour). Kesan kilat (shining) akan lebih menyerlah dengan warna cerah. Selamat mencuba!
Tuesday, July 28, 2009
Sireh Junjung
Rupa bentuk gubahan sireh junjung juga ada membawa makna tertentu. Percaya atau tidak itu terpulanglah. Antara maksud adat sireh junjung, sireh junjung dari pihak teruna perlulah lebih tinggi dari si dara. Menurut adat, ini berkaitan dengan lelaki sebagai ketua keluarga. Simbolik maksud di sebalik ketinggian sireh junjung.
Dari segi design gubahan sireh juga telah melalui evolusi. Jika dilihat, dahulu sireh junjung lebih berbentuk seperti pokok. Sekarang sireh junjung dibuat berbagai bentuk mengikut kesesuaian dulang hantaran lain atau konsep hantaran. Pinang, kapur dan gambir juga digubah membentuk bunga bagi mencantikkan lagi gubahan sireh junjung.
Monday, July 27, 2009
Raya Oh Raya Kau Datang Kami Gembira
Kalau malas nak buat sendiri...boleh tempah...tapi kena awal. Lewat takut tangan dah letih puasa.
Set 3 Balang - Tulip Trio
Set 4 Balang - Rose Quadro
Set 5 Balang - Lily
Set 6 Balang - Lily
Sunday, July 26, 2009
SifuKu
Malam shahdu ditemani bintang kejora
Siang bercahaya disinari sang suria
Bila kasih berputik hatiku laksana lautan bergelora
Begitukah kisah cinta Laila?
Kala Bayu menyapa dedaun
Titisan embun menyegarkan pepohon
Semalam hati kecil ini masih suci tersimpan
Begitukah lumrah kehidupan?
Daun kering gugur membajai bumi
Perginya tetap berjasa dan berbudi
Nostalgia semalam tersimpan dilipatan sanubari
Begitukah kisah insan hidup sepi?
Kicauan unggas memecah bening rimba
Menghibur makhluk alam yang leka
Bicara kasih dan cinta lebih duka dari suka
Begitukah kesudahan episod didunia yang fana?
Saturday, July 25, 2009
Kekasih - Usman Awang
Kekasih |
Akan kupintal buih-buih menjadi tali mengikatmu akan kuanyam gelombang-gelombang akan kutenun awan-gemawan akan kujahit bayu gunung akan kupetik bintang timur akan kujolok bulan gerhana akan kurebahkan matari Kekasih, hitunglah mimpi |
|
Cinta Sejati
Lirik sebuah lagu nasyid buat penghayatan semua.
" Di saat cinta menyemai rasa di jiwa
Menghiasi hidup indah
Luluhkan dengki menghapuskan benci
Kala cahaya-Nya
Membuka mata yang terlena
Sedarkan dari nafsu akan dunia
Rasa yang fana dan maya semata
Tentang berkembangnya cinta
Yang semerbak wangi dalam jiwa
Yang kekal abadi selamaya
Hanyalah untuk Allah
Cinta tertinggi dan termurni
Yang tumbuh dalam nurani
Hanyalah untuk Allah
Segala pengharapan dan doa
Beri daku cahaya-Mu
Hanya Pada Allah kusandarkan
Hanya Pada Allah kudoakan
Wednesday, July 8, 2009
Bunga Kristal
Bunga Tangan Kristal
Tuesday, July 7, 2009
Gubahan Hantaran - cincin & bunga rampai
Kombinasi gubahan cincin dan bunga rampai. Menggunakan sangkar burung kecil bewarna perak sebagai bekas bunga rampai. Bunga rampai merupakan salah satu adat dan tradisi dalam set hantaran pertunangan atau perkahwinan. Cincin sebagai simbol pertunangan dan perkahwinan.