Saturday, December 24, 2011

TERMINOLOGI BIAR BETUL

Gubahan Hantaran vs Gubahan Bekas Hantaran


Dari segi terminologi GUBAHAN HANTARAN adalah menggubah keseluruhan
gubahan termasuk menggubah bekas hantaran berserta barang-barang hantarannya (i.e. telekong, kain pasang, handbag dll) manakala GUBAHAN BEKAS HANTARAN hanyalah menggubah cantik bekas-bekas untuk mengisi barang-barang hantaran

Jika ingin menjimatkan kos, tempahlah GUBAHAN BEKAS HANTARAN sahaja. Tetapi kenalah pandai menysun barang-barang hantaran anda di dalam bekas yang telah siap digubah

Kalau tak nak pening kepala, tempahlah GUBAHAN HANTARAN. Bawa balik hantaran dah siap....senang.

Apa-apa pun fikirkanlah dari segi masa, kewangan, citarasa, kreativiti anda, dan skill serta bakat anda. Kalau kurang yakin, lebih baik tempah aje sebab anda akan berbelanja lebih untuk membuat sendiri. Bahan-bahan pasti berlebihan, belum lagi di kira kesilapan membuatnya.