Friday, August 21, 2009

Ramadhan Al Mubarak


Kepada pelanggan-pelanggan, saudara mara, kawan-kawan dan semua umat Islam saya ingin mengucapkan

SELAMAT MENJALANI IBADAH DI BULAN RAMADHAN AL MUBARAK, MOGA KITA BEROLEH KEBERKATAN DAN GANJARAN DARI ALLAH S.W.T.

Monday, August 3, 2009

Mas Kahwin

Mas Kahwin adalah wajib dari pengantin lelaki kepada pengantin perempuan. Diberi kepada pengantin perempuan selepas akad nikah.


Brown and Gold



1. Perfume 2. Material (cloth)



3. Shoes 4. Handbag




5. Bunga rampai (pot pourrie) 6. Al Quran

A combination of brown and gold using bunga stokin. Very rich look!

Thursday, July 30, 2009

Metallic & Crystal



Kombinasi bekas metallic silver dan rantaian crystal dalam gubahan hantaran. Kombinasi ini berjaya menjadikan gubahan tampak mewah dan manis. Disulami reben satin kecil dan bunga organza kecil lebih menambah manisnya gubahan. Simple and elegant!



Masih dengan kombinasi bekas metallic dan rantaian crystal. Lebih sesuai dengan tema warna yang cerah (light colour). Kesan kilat (shining) akan lebih menyerlah dengan warna cerah. Selamat mencuba!

Tuesday, July 28, 2009

Sireh Junjung

Sireh junjung telah menjadi satu tradisi dalam majlis pertunangan atau perkahwinan melayu sejak dahulu. Ia juga digelar "kepala hantaran". Mengapa? Kurang pasti sejarah asal usulnya, tapi mungkin juga disebabkan khasiat daun sireh dan juga tabiat memakan sireh sambil bersembang yang diamalkan oleh orang-orang dahulu.


Rupa bentuk gubahan sireh junjung juga ada membawa makna tertentu. Percaya atau tidak itu terpulanglah. Antara maksud adat sireh junjung, sireh junjung dari pihak teruna perlulah lebih tinggi dari si dara. Menurut adat, ini berkaitan dengan lelaki sebagai ketua keluarga. Simbolik maksud di sebalik ketinggian sireh junjung.


Dari segi design gubahan sireh juga telah melalui evolusi. Jika dilihat, dahulu sireh junjung lebih berbentuk seperti pokok. Sekarang sireh junjung dibuat berbagai bentuk mengikut kesesuaian dulang hantaran lain atau konsep hantaran. Pinang, kapur dan gambir juga digubah membentuk bunga bagi mencantikkan lagi gubahan sireh junjung.

Monday, July 27, 2009

Raya Oh Raya Kau Datang Kami Gembira

Raya dah nak datang, apa nak buat? Apa lagi...hias balang kuih ler... Kalau kuih tak sedap pun, sedap mata memandang pun cukup ler ye.

Kalau malas nak buat sendiri...boleh tempah...tapi kena awal. Lewat takut tangan dah letih puasa.

Set 3 Balang - Tulip Trio



Set 4 Balang - Rose Quadro



Set 5 Balang - Lily



Set 6 Balang - Lily

Sunday, July 26, 2009