Thursday, January 6, 2011

Soalan Lazim / Frequently Asked Questions (FAQ)

1. Berapa harga gubahan hantaran?

Pertama sekali perlu memahami apa itu maksud “gubahan hantaran”. Gubahan hantaran bermaksud barang-barang hantaran seperti kasut, wangian dll digubah siap dengan hiasan lengkap. Pendek kata hantaran yang telah siap untuk dibawa ke majlis pernikahan.

Harga bagi setiap gubahan hantaran bergantung kepada harga bahan-bahan yang digunakan dalam menghias seperti bekas, bunga, reben dsb. Design gubahan pula mempengaruhi upah menggubah.

Kedua “gubahan bekas hantaran” bemaksud bekas yang telah siap dihias tetapi belum dimasukkan barang hantaran seperti telekong dsb

Harga bagi gubahan bekas hantaran pula hanya bergantung kepada harga bahan-bahan yang di gunakan.

No comments: